Saturday, June 20, 2009

Types of Investments: Part 1

Kali ni nak cerita sikit secara ringkas tentang jenis-jenis pelaburan yg ada di pasaran Malaysia.

1) Cash and fixed interest investments


Cash investment ialah jenis pelaburan yg paling biasa kita tahu di Malaysia, produk seperti Bank saving accounts dan fixed deposit(simpanan tetap). Kita boleh akses duit bila-bila masa dan tak perlu risau duit kita hilang atau rugi.So, memang selamat la.Walaupun duit kita secure, masalahnya ialah ia memberi pulangan yg sangat sedikit dan tidak menambahkan capital kita. Simpanan dalam bank sebenarnya berisiko tinggi dlm jangka masa panjang kerana inflasi akan menghakis nilai simpanan kita.(Baca post Inflation the Silent Threat)

Cash investments adalah sesuai untuk:
- Urusan transaksi
- Simpanan tunai untuk perbelanjaan dan kecemasan
- Pelaburan jangaka masa pendek yg tidak mahu hilang capital


2) Unit trust


Dalam unit trust (unit amanah), duit dikumpul daripada ramai pelabur membentuk satu dana untuk dilaburkan dalam aset-aset seperti share, bond dan fixed deposit. Pengurus dana professional akan membuat keputusan berapa peratus akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, di negara mana, industri dan syarikat-syarikat yg berpotensi memberi pulangan yg terbaik.Baca post What is Unit trust?

Unit trust sesuai untuk individu:
- Yg baru dalam pelaburan
- Selesa pelaburan diuruskan oleh pengurus profesional
- Sibuk dan tiada masa untuk belajar selok belok pelaburan
- Mempunyai sedikit capital untuk pelaburan
- mencari pelaburan yg diversification(kepelbagaian) untuk mengurangkan risiko.

3) Property (Hartanah)

Pelaburan hartanah adalah kelas aset yg kebanyakan rakyat Malaysia tahu. Pelaburan hartanah akan memberi pulangan dalam dua bentuk:

a)Nilai hartanah meningkat semakin lama bila harga rumah dan tanah meningkat
b)Memperoleh sewa daripada penyewa

Nilai Pelaburan hartanah juga boleh naik dan turun dan sebab itu ia selalunya sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. Salah satu faktor yg penting dlm pelaburan hartanah ialah lokasi. Saya ada baca dalam satu buku ayat lebih kurang macam ni "They say there are three golden rules to buy real estate -location, location and location! "

Pelaburan hartanah sesuai untuk individu:
-yang tidak memerlukan akses emergency wang
-time frame pelaburan jangka masa panjang
-mempunyai kemampuan untuk membayar ansuran pinjaman jika interest rate naik dan hartanah tidak mempunyai penyewa.

4) Real Estate Investment Trust (REIT)

REIT pula adalah lebih kurang seperti unit trust cuma REIT melabur dalam hartanah (property dan real estate). Keuntungan daripada pelaburan akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividend. REIT disenaraikan dalam Bursa saham dan urusan jual beli REIT adalah sama seperti membeli saham/stock. Jika anda ingin melabur dalam hartanah tapi mungkin kekurangan modal, bolehlah melabur dalam REIT. Anda juga tidak perlu risau tentang maintenance rumah sewa anda dan tak perlu bersusah mengutip sewa.



Ini saja dulu untuk kali ni. Types of Investment:Part 2 nanti akan menerangkan jenis pelaburan seterusnya iaitu Gold investment(Pelaburan emas), Bonds dan Share(saham).

0 comments:

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP