Tuesday, June 9, 2009

Inflation: The Silent Threat


Beberapa tahun dulu, masa kecik2 ingat lagi tak harga nasi lemak sebungkus 30 sen je kan. Sekarang berapa? RM 1- RM 1.50. Kedai mamak kadang2 sampai RM 2. Jangan terkejut la beberapa dekad akan datang kena bayar lebih RM 5 untuk sepinggan nasi lemak!!

Inilah yg dipanggil kesan inflasi. Ini akan mempengaruhi taraf kehidupan anda jika anda mengabaikannya.
Tapi apa yg menyebabkan fenomena ni terjadi dan bagaimana kita hendak mengatasinya?


Apakah Inflasi?

Inflasi dtakrifkan sebagai peningkatan beransur2 dlm paras harga umum untuk produk2 dan perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi naik, setiap ringgit yang anda miliki akan membeli peratus yg lebih kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Simple, kemerosotan dalam kuasa membeli anda. Sebagai contoh teh tarik berharga RM 1 akan berharga RM 1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh ialah 5 %.

Apakah sebab2 belakunya inflasi.

1. Permintaan tinggi, bekalan rendah - Jika permintaan meningkat lebih cepat daripada bekalan produk dan perkhidmatan, harga barangan terpaksa naik. Juga dikenali sebgai inflasi tarikan permintaan.

2. Peningkatan dalam kos pengeluaran - Bila harga bahan mentah naik, kos pengeluaran akan meningkat. Ini akan menyebabkan syarikat menaikkan harga untuk kekalkan margin keuntungan. Contoh tahun lepas kerajaan naikkan harga minyak, inflation rate naik sampai 7.7% in June 2008, a 27-year high.

Kesan Inflasi

Yang paling nyata, ia menjejaskan kewangan peribadi anda dengan mengurangkan kuasa membeli anda

Contoh:

1978 - RM 300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga empat orang

2008 - RM 300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga empat orang

2028 - Rm 300 mungkin hanya boleh beli barangan runcit dua hari untuk keluarga empat orang

Dengan memahami perbezaan diantara pulangan nominal dan pulangan benar, anda akan dapat melihat kesan inflasi pada wang anda. Pulangan nominal merujuk kepada kadar pertumbuhan kuasa membeli anda manakala pulangan benar ialah pertumbuhan kuasa membeli anda, iaitu pulangan nominal tolak kadar inflasi. Oleh demikian wang yang disimpan didalam simpanan tetap di bank akan mengurang nilainya disebabkan kesan penghakisan inflasi.

Contoh:

Kadar simpanan tetap di bank 12 bulan (12 month fixed deposit) = 2.75%
Kadar inflasi (inflation rate) = 5%
Pulangan benar daripada pelaburan = 2.75% - 5% = - 2.25%

In other words, duit yg anda simpan dalam bank memberi pulangan negative selepas setahun disebabkan inflasi. Barang yg anda boleh beli dengan RM 1000 sekarang tidak dapat dibeli dengan nilai yg sama selepas setahun.Dengan kadar inflasi yang meningkat, adakah wajar kita menyimpan semua duit dalam bank? Jika ia berlaku, duit itu akan ‘dimakan’ inflasi yang tinggi Jika anda simpan duit bawah bantal, pulangan benar ialah - 5% (0% - 5%)

Bagaimana hendak mengatasi inflasi?
Anda perlu dapatkan pulangan yg lebih tinggi daripada pelaburan-pelaburan anda. Pastikan pulangan yg anda dapat adalah melebihi kadar inflasi. Jika pulangan pelaburan anda 8% dan inflasi 5%, pulangan benar anda ialah 3%(8%-5%).
Akan dikongsi dengan lebih mendalam dalam post yg akan datang. Sekarang yg penting anda tahu yg
Inflasi ialah ancaman yg senyap!!!!

1 comments:

joel June 12, 2009 at 9:24 AM  

jgn makan roti canai kt mamak..mamak 2 tu tamak nk cepat kaya..beli ja roti canai segera..aku jual

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP