Saturday, June 13, 2009

Credit Card..Pemusnah kewangan peribadi


Ramai di luar sana yg suka menggunakan credit card..memang ada kebaikannya. Tidak perlu membawa duit cash yg banyak dan memudahkan kan urusan pembayaran.. Jika anda bijak menggunakannya boleh menjadi alat penting dalam menguruskan kewangan anda.Monthly statement Credit card anda dapat merekodkan segala pembelian anda dan ini membantu anda dalam menguruskan perbelanjaan anda. Sekarang ni pun ada bermacam2 jenis credit card..

Jadi kenapa bank-bank membuat promosi besar-besaran, memberi hadiah percuma, dan membelanjakan jutaaan ringgit dalam mengiklankan credit card mereka supaya anda menggunakan kad mereka?????Hmmm..

Mereka tahu yg ramai pengguna diluar sana yang hanya membayar jumlah minimum setiap bulan (kira-kira 3% daripada jumlah hutang kredit)..Apa yg lebih teruk lagi ramai pemegang card credit yg tidak membayar jumlah minimum tepat pada masanya disebabkan kekurangan wang ataupun terlupa.

Kalau anda nak tahu, sebaik saja anda hanya membayar jumlah minimum dan membiarkan baki hutang kredit selebihnya, anda telah menjadi sahabat baik bank-bank ini. Inilah masanya bank akan menyayangi anda .Kenapa? Bank akan mengenakan charge 2% per month interest ke atas jumlah baki hutang kredit anda. Nampak kecil saja jumlahnya, tapi ini bermakna 24% interest setahun..Berapa banyak agaknya jumlah interest ini? Mari kita kira…

Soalan: Bayangkan anda ada baki hutang kredit(outstanding balance) RM 2000 dalam statement credit card anda, dan anda hanya bayar jumlah minimum RM 60 (3%), berapa lama masa yg anda perlukan untuk menyelesaikan keseluruhan balance?

Jawapan yg mengejutkan: Akan ambil masa 4.5 tahun. Anda akan bayar total RM 3300, dan jumlah interest RM 1300. Dalam kata lain anda telah bayar jumlah sebenar interest rate 65% daripada keseluruhan balance RM 2000.


The root of debt

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kaunseling unit di bawah Bank Negara, kebanyakan atau dua pertiga yg meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah hutang ialah mereka yg mempunyai masalah credit card. Dan punca utamanya ialah mereka ini lemah dalam pengurusan hutang dan credit card.
Daripada 10 juta pemegang credit card, hanya 30 % yg membayar jumlah penuh setiap bulan. Dan menurut kajian, pemegang credit card akan membelanjakan 17% lebih dalam perbelanjaan mereka berbanding mereka yg membayar menggunakan cash.

Additional Info: Benar! Seramai 153,676 pemegang kad kredit muflis kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM18.6 billion! satu angka yang cukup-cukup besar dan menggerunkan! Adakah anda tergolong atau hampir-hampir termasuk ke dalam senarai muflis?

10 tips: Bagaimana menguruskan credit card

1) Memahami term and conditions dan charges. Jika tidak pasti, tanya bank atau agent
2) Dapatkan harga terendah semasa anda berbelanja.Survey sebelum membeli
3) Buat bayaran sebelum tarikh akhir statement bulanan anda
4) Limit jumlah credit card anda. Satu dah cukup.
5) Bayar jumlah credit anda sepenuhnya setiap bulan
6) Pastikan anda sedar perubahan polisi kad dan rates credit card anda
7) Pastikan anda memantau semua perbelanjaan credit card anda
8) Jika tidak boleh bayar penuh, bayar lebih daripada jumlah minimum
9) Kepada yg ada lebih dari satu kad, bayar kad yg mengenakan charge paling tinggi dahulu
10) Hanya guna cash advances credit card jika anda tiada pilihan lain dan jalan yg terakhir sekali.

Anda juga boleh guna debit card, dengan ini anda boleh mengawal perbelanjaan sekadar yg anda mampu. Beringatlah fenomena hutang dan keburukannnya.


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

0 comments:

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP