Monday, May 18, 2009

Public Mutual wins AsianInvestor award


KUALA LUMPUR: Public Bank Bhd’s unit, Public Mutual has won AsianInvestor’s “Best Malaysia Onshore Fund House” award for the second consecutive year.

Public Mutual chairman Tan Sri Teh Hong Piow received the award from AsianInvestor associate publisher Rebekka Kristin at Public Mutual’s annual awards night here on May 17.

AsianInvestor is a Hong Kong publication focusing on the region’s asset management industry. It introduced the AsianInvestor - Investment Performance Awards in 2001 to celebrate the excellence in investment performance by the fund managers in Asia Pacific.

Kristin said Public Mutual was named “Best Malaysia Onshore Fund House” due to its resilient performance in a year of financial uncertainty.

“This award acknowledges the outstanding achievements of everyone at Public Mutual who has worked so hard for, in what is truly a challenging industry at the moment,” she said.

Teh said this international recognition also marked the company’s 135th industry award since 1999.

“This esteemed award demonstrates Public Mutual's commitment in continuously delivering top value as well as meeting the diverse needs of our unitholders,” he said.

He dedicates the award to the Board of Directors, Management, Staff and Unit Trust Consultants of Public Mutual for their dedication and hard work in making the company an industry leader. He also thanks the unitholders for their continued support and confidence in Public Mutual.

My comment: Another award for No 1 Unit trust company. Hmmmm Yg mana satu pilihan kalbu la..la.la..

Read more...

Sunday, May 17, 2009

You Must Spend Less Money Than You Earn!

Untuk mencapai financial freedom (kebebasan kewangan) anda hanya perlu menjalani hidup dengan satu prinsip yg asas sekali iaitu..
"Anda mesti berbelanja kurang daripada pendapatan anda"

Ini akan memberikan anda margin..
Dengan adanya margin ini, tidak kira berapa pendapatan anda, impian untuk mencapai kebebasan kewangan boleh dicapai.


Beza pendapatan anda dengan perbelanjaan andalah yg akan menentukan masa depan kewangan anda. Di sini satu contoh. Pendapatan sebulan Azmi ialah RM 1800 sebulan. Azmi guna motor je pergi kerja, makan kat warung, sewa rumah flat.Selepas ditolak semua bayaran, bill ,perbelanjaan dll balance yg tinggal ialah RM 500. So, inilah margin or saving Azmi yg boleh dikumpul untuk pelaburan masa hadapan.
Pendapatan Zul pula ialah RM 4000 sebulan. Zul ni pakai Kereta BMW 3 series, selalu makan fastfood ( tak berkhasiat pun), rumah high end condo (takkan pakai BMW tinggal kat flat), credit card ada 5 keping. Selepas ditolak semua bayaran, bill ,perbelanjaan dll lagi tiada balance yg tinggal untuk saving atau cukup2 je.
Jadi jika Zul maintain lifestyle macam ni, sampai bila2 pun dia takkan dapat simpan duit apa tah lagi nak melabur. Macam mana kalau dia kena berhenti kerja atau pun sakit. Sapa yg nak tanggung. Daripada contoh ni kita dapat lihat masa depan kewangan anda tak bergantung kepada berapa banyak gaji anda. Walaupun gaji Azmi lebih rendah berbanding Zul, kedudukan kewangan Azmi lebih kukuh.

Jika anda membelanjakan semua pendapatan anda setiap kali, anda akan menghadapi tekanan.No Saving. Jika tiada saving, bagaimana anda nak mula untuk melabur.


Jika anda berbelanja melebihi daripada pendapatan anda, maknanya masalah besar dan membawa kepada penderitaan.Negative margin. Nilah golongan yg suka berhutang dan guna kad kredit. Yang ni memang bahaya dan kalau tak ubah tabiat secepat mungkin akan musnahlah hidup anda.


Budaya kita dan kemudahan pinjaman kredit menyebabkan ramai diantara kita yg berbelanja melebihi kemampuan.Slogan 'pakai dulu bayar kemudian' menjadi motto kegemaran ramai. Tapi anda tidak tahu tabiat buruk ini boleh memusnahkan hidup anda dan kedudukan kewangan anda.
So, ingatlah slogan hidup anda yg baru..simple

You Must Spend Less Money Than You Earn!

Read more...

Friday, May 15, 2009

What is Unit trust (Unit Amanah)?



Sekeping gambar seribu makna. Tak payah nak cerita panjang lebar. Unit trust ialah sejenis skim pelaburan terkumpul (collective investment scheme).Wang dikumpul dari pelabur yg mempunyai objektif yang sama untuk membentuk satu dana (unit trust fund).Dana akan dilaburkan dalam aset yg dibenarkan (contoh share/stock or bond/sukuk) oleh pengurus dana/unit amanah profesional (contoh Public Mutual). Pulangan dalam bentuk keuntungan modal (capital appreciation) dan pengagihan (distribution) akan dikembalikan kepada pelabur. Pemegang amanah(trustee)akan memastikan pengurus dana menguruskan pelaburan seperti yg terkandung dalam deed (surat ikatan). Bagi Dana islamik, penasihat syariah akan dirujuk untuk memastikan yg pelaburan adalah berlandaskan syariah dan halal.
Mudah dan ringkas..Penerangan lebih mendalam dalam post akan datang..

Read more...

Thursday, May 14, 2009

7 Common Money Mistakes to Avoid



“Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” -Encik Azhar , Pegawai Sains

Macam pernah dengar je..

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Encik Azhar.

Jika anda tidak mahu jadi seperti En Azhar dan bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.


Kesilapan #1:
Gagal Merancang


Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda. Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.


Kesilapan #2:
Berbelanja Melebihi Kemampuan


Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Hmmm nampaknya agensi iklan memang semakin hari semakin bagus.Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.


Kesilapan #3:
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit


Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari. Kebaikan kad kredit ialah kita dapat merekodkan perbelanjaan melalui statement bulanan tetapi berhati-hatilah, kad kredit boleh memusnahkan hidup anda. Pastikan anda bayar jumlah penuh dan bukan bayaran minimum.

Kesilapan #4:
Lewat Menabung Untuk Hari Tua


Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, makeup kereta, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.
Kalau nak harapkan duit EPF sahaja tidak cukup. Menurut kajian, duit EPF habis dalam masa 5 tahun sahaja selepas bersara.

Kesilapan #5:
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian


Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.Hati-hati dengan pelaburan yg memberi pulangan yg sangat lumayan dan luar biasa. Mungkin anda akan tertipu.

Kesilapan #6:
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan


Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Kesilapan #7:
Terlampau Memikirkan Pasal Wang


Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.Seimbangkanlah hidup anda.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

Read more...

Sunday, May 10, 2009

Golden Rule of Personal Finance: Pay yourself first


Sedarkan setiap akhir bulan selalunya tiada yang tinggal untuk saving. Cuba punya cuba pun memang cukup-cukup je selalu. Jangan risau. Benda ni jadi dekat hampir semua orang.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah ni ialah sentiasa bayar diri anda dahulu (Always pay yourself first), barulah bil-bil dan belanja lain-lain. Anda sudah bekerja penat lelah pastinya anda yang paling deserve wang gaji anda. Tetapi kebanyakan orang akan bayar ansuran kereta/rumah, sewa rumah, bil air/letrik, astro/internet, barang2 dan perbelanjaan lain dahulu. Kalau ada lebih barulah disimpan. Sebab itulah setiap bulan gaji yang tinggal adalah sedikit atau tiada langsung untuk simpanan.

Adakah bank-bank, Syabas, TNB, Astro, TM deserve wang gaji anda daripada diri anda sendiri. Diri anda adalah lebih penting daripada semua ini.Anda sepatutnya asingkan dahulu sejumlah wang untuk diri sendiri dahulu sebaik sahaja anda dapat gaji.

Contoh buat satu akaun khas lain untuk anda dan pindahan automatik setiap bulan ataupun dilaburkan ke akaun pelaburan macam unit amanah saham. Anggaplah ini bil anda yang pertama dan yang paling penting sekali. Pastikan anda sukar untuk keluarkan duit itu (tanpa ATM card). Mulakan dengan 10% drpd gaji anda dahulu dan sedikit demi sedikit tingkatkan kepada 20%-30%.

Tabiat ini kalau diamalkan sejak awal boleh membantu seseorang untuk mengumpul simpanan yang banyak dan teknik/strategi yang berkesan untuk masa depan kewangan anda. Cubalah. Keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

Read more...

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP