Sunday, May 17, 2009

You Must Spend Less Money Than You Earn!

Untuk mencapai financial freedom (kebebasan kewangan) anda hanya perlu menjalani hidup dengan satu prinsip yg asas sekali iaitu..
"Anda mesti berbelanja kurang daripada pendapatan anda"

Ini akan memberikan anda margin..
Dengan adanya margin ini, tidak kira berapa pendapatan anda, impian untuk mencapai kebebasan kewangan boleh dicapai.


Beza pendapatan anda dengan perbelanjaan andalah yg akan menentukan masa depan kewangan anda. Di sini satu contoh. Pendapatan sebulan Azmi ialah RM 1800 sebulan. Azmi guna motor je pergi kerja, makan kat warung, sewa rumah flat.Selepas ditolak semua bayaran, bill ,perbelanjaan dll balance yg tinggal ialah RM 500. So, inilah margin or saving Azmi yg boleh dikumpul untuk pelaburan masa hadapan.
Pendapatan Zul pula ialah RM 4000 sebulan. Zul ni pakai Kereta BMW 3 series, selalu makan fastfood ( tak berkhasiat pun), rumah high end condo (takkan pakai BMW tinggal kat flat), credit card ada 5 keping. Selepas ditolak semua bayaran, bill ,perbelanjaan dll lagi tiada balance yg tinggal untuk saving atau cukup2 je.
Jadi jika Zul maintain lifestyle macam ni, sampai bila2 pun dia takkan dapat simpan duit apa tah lagi nak melabur. Macam mana kalau dia kena berhenti kerja atau pun sakit. Sapa yg nak tanggung. Daripada contoh ni kita dapat lihat masa depan kewangan anda tak bergantung kepada berapa banyak gaji anda. Walaupun gaji Azmi lebih rendah berbanding Zul, kedudukan kewangan Azmi lebih kukuh.

Jika anda membelanjakan semua pendapatan anda setiap kali, anda akan menghadapi tekanan.No Saving. Jika tiada saving, bagaimana anda nak mula untuk melabur.


Jika anda berbelanja melebihi daripada pendapatan anda, maknanya masalah besar dan membawa kepada penderitaan.Negative margin. Nilah golongan yg suka berhutang dan guna kad kredit. Yang ni memang bahaya dan kalau tak ubah tabiat secepat mungkin akan musnahlah hidup anda.


Budaya kita dan kemudahan pinjaman kredit menyebabkan ramai diantara kita yg berbelanja melebihi kemampuan.Slogan 'pakai dulu bayar kemudian' menjadi motto kegemaran ramai. Tapi anda tidak tahu tabiat buruk ini boleh memusnahkan hidup anda dan kedudukan kewangan anda.
So, ingatlah slogan hidup anda yg baru..simple

You Must Spend Less Money Than You Earn!

0 comments:

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP