Monday, July 6, 2009

Compound Interest: The Eighth Wonder of the World


Albert Einstein, dikenali sebagai antara manusia yg bijak di muka bumi pernah ditanya apakah penemuan manusia yg paling hebat sekali. Jawapan yg diberikan ialah "compound interest". Sehingga Einstein memanggilnya "the eight wonder of the world" dan juga "the greatest mathematical discovery of all time".




Apakah maksud compound interest?

"Compound interest" or "compound return" ialah pelaburan semula keuntungan yg diperolehi daripada pelaburan bersama jumlah asal yg telah dilaburkan. Dengan kata lain yg lebih mudah difahami, anda tidak keluarkan keuntungan daripada pelaburan anda, dan melaburkannya kembali bersama jumlah asal permulaan pelaburan anda. Ini akan membuat pelaburan anda menghasilkan pulangan pelaburan yg lebih tinggi.

Cuba lihat contoh dibawah

Jika anda labur $10,000 sekarang dengan pulangan 6%, anda akan dapat $10,600 dalam masa setahun($10,000 x 1.06). Ok Sekarang, daripada anda keluarkan $600 keuntungan tersebut, anda biarkan untuk setahun lagi. Jika anda mendapat pulangan 6% tahun seterusnya, pulangan pelaburan anda berkembang kepada $11,236.00 ($10,600 x 1.06) pada akhir tahun kedua.

Disebabkan anda melaburkan kembali $600 tersebut, bersama jumlah asal, anda mendapat $636, yg mana $36 lebih drpd tahun sebelumnya. Nampak macam sikit tapi anda perlu ingat yg anda tak perlu pun nak angkat jari untuk dapatkan $36 tu. Tak payah buat apa-apa. Lebih penting lagi, setahun selepas tu nilai pelaburan anda ialah $11,910.16 ($11,236 x 1.06). Kali ini anda untung $674.16, yg mana $74.16 lebih dari keuntungan tahun pertama. Ini akan menambah jumlah keuntungan setiap tahun dan inilah dipanggil kesan compounding --interest daripada interest. Ia nya berterusan selagi anda kekal melaburkan kembali interest atau profit anda.

The Power of Compounding

Jadi kenapa Einstein memanggilnya keajaiban dunia kelapan? Anda lihat gambar dibawah.


Dengan permulaan pelaburan $10,000 dan $250 setiap bulan, andaian 8% return, anda akan dapat mengumpul $67,933 dalam masa 10 tahun. Jika anda teruskan hingga 30 tahun, jumlah pelaburan anda ialah $ 481,947. Jumlah yg banyak bukan.!!!!
Untuk memaksimumkan kesan compounding dalam pelaburan anda, tindakan yg perlu dibuat ialah mula melabur seawal yg mungkin dan dalam jangka masa yg panjang kerana faktor masa amat penting untuk pelaburan kita berkembang. Disiplin sangat penting. Anda perlu biarkan keuntungan pelaburan dibiarkan berkembang dan membuat tambahan pelaburan secara konsisten jika anda mahu pelaburan anda berkembang dengan skala yg lebih besar dan lebih pantas.

Ingatlah hari ini adalah hari pertama dalam hidup anda, jadi ambil masa dan rancang masa depan anda dengan mula menyimpan - - - SEKARANG....

0 comments:

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP