Saturday, July 18, 2009

Acting Rich Keeps People Poor

Menarik tak tajuk kali ni? Sebenarnya saya dapat idea untuk post kali ni selepas saya baca introduction (Baru baca introduction) dalam buku "A Touch of Greatness" by Frank Tibolt (ulat buku sekarang haha, dulu memang malas baca buku). Dalam buku tu dia menceritakan yang salah seorang student dia yg asalnya mengalami masalah kewangan telah mencapai kebebasan kewangan (financial independence) dalam masa tiga tahun setelah membaca tip 5 perkataan ini iaitu ACTING RICH KEEPS PEOPLE POOR.

Saya pun pernah post pasal You must spend less money than you earn kalau anda nak berjaya dalam kewangan anda.

Kenapa 90% daripada populasi susah untuk menjadi kaya?

Ini kerana kita telah didedahkan dengan penipuan terbesar, penipuan yg telah menghalang kita daripada menjadi kaya. Anda perlu tahu kebenaran ini yg telah menjadi duri dalam daging sekian lama.

Ok sekarang tutup mata anda dan gambarkan seorang jutawan dalam otak anda. Bayangkan baju yg dia pakai, kereta yg dia pandu, macam mana dia berbelanja dan makan. Lakukan sekarang sebelum anda baca perenggan seterusnya.

Apa yg anda nampak?

Kalau anda macam kebanyakan orang, anda akan bayangkan jutawan yg memakai baju berjenama terkini, memandu kereta mewah new model, berbelanja mewah dan makan di restoran termahal.Mungkin anda terbayang dia sedang berada di atas kapal layar mewah.
Kenapa begitu?
Sebab kita telah didedah dalam TV dan movies yg jutawan berbelanja dan hidup seperti itu. Kepercayaan inilah yg menyebabkan ramai yg susah untuk menjadi kaya.

Kebenarannya, sangat sedikit sekali jutawan yg hidup sebegitu. Selalunya sama ada mereka yg mewarisi kekayaan ataupun mereka yg memperolehi kekayaan daripada sukan atau dunia hiburan sebagai artis. Dan mereka ada satu persamaan. Mereka akan hilang semuanya selepas 10 tahun. Kekayaan sementara. Lihat contoh Mike Tyson, Michael Jackson juga pernah diisytihar bankrap dan pasti anda tahu yg artis yg dulunya terkenal dan kaya tapi hidup susah selepas beberapa tahun.

Dalam buku bestseller "The Millionaire Next Door", Thomas Stanley telah menemubual 300 org jutawan untuk mengkaji bagaimana mereka berfikir, memperoleh wang dan berbelanja. Apa yg dia bongkar adalah fakta yg memeranjatkan dan telah menyebabkan buku ini menjadi buku yg laris dipasaran.

Mereka yg mempunyai gaji tinggi , memandu kereta mewah, pakai baju berjenama terkini dan nampak seperti ada berjuta-juta wang adalah mengalami masalah kewangan dan nilai kekayaan yg rendah (low personal net worth). Kebanyakan mereka adalah golongan profesional dan eksekutif syarikat-syarikat yg besar. Mereka ini digelar "Under Accumulators of Wealth"(UAW).

Sebaliknya, jutawan yg sebenarnya (nilai kekayaan lebih dari US$1 million) hidup berjimat-cermat dan dibawah kemampuan mereka. Mereka memakai baju yg murah dan tidak akan membeli jam yg mahal. Kebanyakan mereka memandu kereta second hand dan buatan tempatan , tidak beli kereta model terbaru dan selalunya melaburkan minimum 20% daripada pendapatan mereka. Mereka luangkan masa untuk merancang perbelanjaan dan matlmat kewangan mereka. Mereka digelar "Prodigious Accumulators of Wealth" (PAW). Jika anda lihat mereka, anda tidak tahu yg mereka ini jutawan kerana mereka tidak hidup seperti jutawan yg anda telah bayangkan sebentar tadi. "Frugal, Frugal, Frugal "(Berjimat cermat) asas untuk mereka mengumpul kekayaan. Lawan perkataan ini dalah membazir.

Ini adalah berdasarkan kajian dan fakta. Mungkin ada jiran anda yg nampak seperti org kebanyakan tapi mungkin adalah jutawan.
Adam Khoo(Jutawan Singapore) dalam bukunya memberitahu yg ayahnya selalu memberitahu dia yg mereka yg memakai kereta mewah dan tinggal di kondo mahal realitinya adalah kesempitan wang dan tuan punya kereta dan rumah sebenarnya ialah bank. Mereka ini bila-bila masa saja boleh muflis jika hilang punca pendapatan.

Kita sepatutnya hidup sekadar yg termampu.Berbelanja berdasarkan wang yg kita ada dan pada masa yg sama simpan sebahagian untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Budaya kita selalu memandang kekayaan daripada penampilan. Anda mesti ubah persepsi anda selepas ini. Budaya 'biar papa asalkan bergaya' adalah punca org menghadapi masalah kewangan. Jadi ingatlah lima perkataan ajaib ini "ACTING RICH KEEPS PEOPLE POOR"

0 comments:

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP