Sunday, May 10, 2009

Golden Rule of Personal Finance: Pay yourself first


Sedarkan setiap akhir bulan selalunya tiada yang tinggal untuk saving. Cuba punya cuba pun memang cukup-cukup je selalu. Jangan risau. Benda ni jadi dekat hampir semua orang.

Jadi apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah ni ialah sentiasa bayar diri anda dahulu (Always pay yourself first), barulah bil-bil dan belanja lain-lain. Anda sudah bekerja penat lelah pastinya anda yang paling deserve wang gaji anda. Tetapi kebanyakan orang akan bayar ansuran kereta/rumah, sewa rumah, bil air/letrik, astro/internet, barang2 dan perbelanjaan lain dahulu. Kalau ada lebih barulah disimpan. Sebab itulah setiap bulan gaji yang tinggal adalah sedikit atau tiada langsung untuk simpanan.

Adakah bank-bank, Syabas, TNB, Astro, TM deserve wang gaji anda daripada diri anda sendiri. Diri anda adalah lebih penting daripada semua ini.Anda sepatutnya asingkan dahulu sejumlah wang untuk diri sendiri dahulu sebaik sahaja anda dapat gaji.

Contoh buat satu akaun khas lain untuk anda dan pindahan automatik setiap bulan ataupun dilaburkan ke akaun pelaburan macam unit amanah saham. Anggaplah ini bil anda yang pertama dan yang paling penting sekali. Pastikan anda sukar untuk keluarkan duit itu (tanpa ATM card). Mulakan dengan 10% drpd gaji anda dahulu dan sedikit demi sedikit tingkatkan kepada 20%-30%.

Tabiat ini kalau diamalkan sejak awal boleh membantu seseorang untuk mengumpul simpanan yang banyak dan teknik/strategi yang berkesan untuk masa depan kewangan anda. Cubalah. Keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.

About This Blog

Not an expert. Still in learning mode. Just want to share my knowledge.

StatCounter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP